berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Tonton Dendam Semalam Full Episod



Drama terbaru bertajuk Dendam Semalam akan menemui penonton di slot Azalea TV3. Drama ini diarahkan oleh Azaromi Ghozali terbitan MIG. Antara barisan pelakonnya ialah Iqram Dizly, Adiba Yunus, Azwan Kombos, Nina Iskandar dan ramai lagi. Saksikan drama ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang di TV3

JUDUL : DENDAM SEMALAM
EPISOD : 20 episod x 60minit
TARIKH : 24 Mac 2015 (Isnin-Khamis, 4pm)
SIARAN : Slot Azalea TV3 
PENGARAH : Azaromi Ghozali
TERBITAN : MIG
PELAKON : Iqram Dizly, Adiba Yunus, Azwan Kombos, Nina Iskandar, Ayang Abbas, Tengku Fiella, Memey Rooney, Fadlan Hazim, Tengku Sariza Tengku Muzani, Sasqia Dahuri, Esma Dainal, Ashruff Samad, Along Eyzendy, Dania Azmi
WATAK PELAKON
Iqram Dizly sebagai Farizal/Hakimi
Adiba Yunus sebagai Atiqah
Azwan Kombos sebagai Amirul
Fadlan Hazim sebagai Alif
Nina Iskandar sebagai Linda
Esma Daniel sebagai Datuk Malik
Kuza sebagai Datin Saerah
Sasqia Dahuri sebagai Lily
Ayang Abbas sebagai Sofea
Tengku Fiella sebagai Alia
Memey Rooney sebagai Dr.Reen
Tengku Sariza Tengku Muzani sebagai Datin Saerah

Tonton Dendam Semalam Full Episod



SINOPSIS DENDAM SEMALAM

Mengisahkan Farizal yang terpaksa berpisah dengan ayah dan ibu angkatnya pada usia 10 tahun apabila didakwa sebagai anak Datuk Malik yang hilang ketika bayi. Demi menjamin masa depan anaknya, ayah angkat Farizal telah mengakui perkara itu.

Farizal dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Datuk Malik dan Datin Saerah sehinggalah kemunculan Amirul yang sebaya dengannya. Sejak itu, Datuk Malik dan Datin Saerah mula beralih kasih sayang kepada Amirul. Farizal sedih dan berdendam dengan Amirul yang dianggap sebagai perampas kebahagiaannya. Kemarahan Farizal memuncak apabila Datuk Malik mengakui bahawa Amirul ialah anak kandungnya, bukan Farizal. Akhirnya, Farizal lari dari rumah dan tidak pernah kembali.

Setelah dewasa, Farizal memulakan rancangannya untuk menjatuhkan Datuk Malik. Farizal telah berkahwin dengan anak perempuan Datuk Malik, Atikah walaupun dia sebenarnya menyayangi Linda. Kebijaksanaan Farizal dalam bidang perniagaan berjaya mendapat kepercayaan daripada Datuk Malik kerana Amirul tidak mahu mengambil peduli dengan perniagaan keluarga. Amirul yang pendiam lebih berminat melukis dan sering mengembara ke serata tempat.

Amirul telah lama menyimpan perasaan terhadap Linda yang pernah menuntut di universiti yang sama dengannya. Namun, Linda hanya menganggap Amirul sebagai sahabat baiknya sahaja kerana sejak kecil dia menunggu kepulangan Farizal yang pernah tinggal di rumah anak yatim bersamanya dahulu.

Datin Saerah mencurigai niat Farizal apabila melihat anaknya, Atikah yang sering kemurungan. Oleh itu, Datin Saerah memujuk Amirul untuk belajar selok belok perniagaan Datuk Malik. Farizal telah berkomplot dengan Lily untuk menganiayai Amirul. Apakah yang akan terjadi seterusnya?
0 Komentar untuk "Tonton Dendam Semalam Full Episod"

|>>>KLIK untuk Baca ARTIKEL<<<|
Back To Top