berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah (TV3)


Drama rantaian adaptasi novel Suami Sebelah Rumah karya Ana Sofiya. Akan bersiaran di slot Dramady TV3. Drama terbitan JS Pictures dibawah arahan Jinggo. Dibintangi oleh Izzue Islam dan Ayda Jebat. Nantikan drama ini pada tahun depan (2015).
JUDUL : SUAMI SEBELAH RUMAH
EPISOD : 20 episod x 30minit
TARIKH : 2015
SIARAN : Slot Dramady TV3
NOVELIS : Ana Sofiya
SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Jinggo 
PENERBIT : Sheila Rusly
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Izzue Islam, Zulin Aziz, Sheery Alhadad, Hanna Aqella, ben amirr
WATAK PELAKON
Ayda Jebat sebagai eryna hazwan
Izzue Islam sebagai amar
Nazrief Nazri sebagai Azlan
Zulina Aziz sebagai wani
Sheery Alhadad sebagai anis
Hanna Aqella sebagai iman
Ben amirr sebagai ziyad
SINOPSIS NOVEL SUAMI SEBELAH RUMAH
Mengisahkan Eryna mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya?
Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir setlah egala persiapan telah dibuat. 
Amar nekad untuk mencuri hati Eryna sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Kononnya mudah untuk dia mengurat Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.
Amar memang pandai menganbil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis yang dah terpikat sepenuhnya terhadap Amar, Eryna perlu buat keputusan. Kedatangan ibubapa masing-masing menimbulkan lagi huru-hara. Dalam kemelut, Azlan datang menganggu Eryna dan Amar hingga membuat onar menyatakan mereka melakukan maksiat. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya.
GAMBAR PELAKON











 

TONTON ONLINE DISINI
0 Komentar untuk "Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah (TV3)"

|>>>KLIK untuk Baca ARTIKEL<<<|
Back To Top