berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Wanita Gila Baling Pasu, Babi, Simbah Air Kencing Dan Cat Ke Kereta Jiran


Wanita Gila Baling Pasu, Babi, Simbah Air Kencing Dan Cat Ke Kereta Jiran | Seorang suri rumah berusia 46 tahun telah bertindak bagaikan orang gila dengan menyimbah cat pada kereta, membuang daging babi dan memecahkan lampu dan pasu bunga milik jiran berdekatan rumahnya.

Wanita terbabit sering kali mencetuskan masalah dan ketegangan terhadap jirannya di kawasan kediaman Seksyen 5, Wangsa Maju sejak beberapa bulan yang lalu.

“Dia juga sering berkelakuan pelik dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang ramai yang lalu lalang dan pernah menyimbah air kencing di sebuah rumah penduduk,” dedah jiran yang tidak mahu namanya didedahkan.

Dalam kes terbaru, wanita gila tersebut telah bertindak menyimbah cat pada kereta milik anak jirannya yang diletakkan di perkarangan rumah.

Anggota polis yang datang ke rumah juga diugut oleh suspek yang memegang bahan mudah terbakar. Namun, wanita itu berjaya ditahan dengan bantuan abang iparnya.



Tag : Dalam Negara
0 Komentar untuk "Wanita Gila Baling Pasu, Babi, Simbah Air Kencing Dan Cat Ke Kereta Jiran"

|>>>KLIK untuk Baca ARTIKEL<<<|
Back To Top