Wanita Anjur Parti Bogel 31 Disember Ini | Seorang wanita dengan beraninya menganjurkan serta mempromosikan private party menerusi Facebook secara terbuka yang melibatkan umur 18 tahun ke atas sahaja.
Facebook Page yang menggunakan nama Lelaki Maskulin by Sensual Zara bakal menganjurkan sebuah private party yang bertemakan ‘#Naked Foam’ yang bakal diadakan pada 31 Disember 2014.
Parti tersebut akan diadakan di ONEKL. Penyertaan pula hanya dari kalangan pembeli produk mereka sahaja. Yuran pula hanya akan didedahkan kepada mereka yang berminat.
Dari segi etika berpakaian pula, wanita dikehendaki memakai bikini manakala lelaki pula diwajibkan berpakaian casual.
Tarikh tutup untuk menyertai private party tersebut sepatutnya tamat pada 30 November tetapi dilanjutkan sehingga 2 petang 2 Disember atas permintaan ramai.
Budak Kenit berharap pihak berkuasa dapat menyiasat aktiviti tidak bermoral yang bakal dilaksanakan pada malam tahun baru itu dengan kadar segera.
Tag :
Dalam Negara
0 Komentar untuk "Wanita Anjur Parti Bogel 31 Disember Ini"