berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Penjawat Awam Wanita Boleh Cuti Selama 5 Tahun Jaga Anak Bermula 1 Januari


Penjawat Awam Wanita Boleh Cuti Selama 5 Tahun Jaga Anak Bermula 1 Januari | Penjawat awam wanita akan dibenarkan untuk memohon cuti tanpa gaji sehingga lima tahun bagi menjaga anak angkat atau anak tiri mereka dibawa satu peraturan yang berkuatkuasa bermula 1 Januari depan.

“Peraturan baharu itu adalah untuk memberikan lebih waktu ibu bersama anak walaupun mereka bukan ibu kandung kanak-kanak itu,” kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu Tan Sri Zabidi Zainal.

Beliau berkata mereka yang menjaga kanak-kanak tersebut secara berterusan selama dua tahun yang disebut sebagai de facto juga layak memohon cuti tanpa gaji selama lima tahun yang boleh diambil secara berterusan atau sebahagian antara anak pertama dan anak-anak yang lain.

Manfaat tersebut hanya diberikan kepada mereka yang melahirkan anak dan berhasrat memberikan penjagaan yang lebih baik untuk bayi mereka termasuk penyusuan badan.

Di bawah peraturan yang diperkenalkan pada 2007, ibu kandung dibenarkan untuk mengambil cuti tanpa gaji selepas menamatkan cuti bersalin dengan gaji selama 90 hari.


Mohamad Zabidi menyatakan tanpa mengira bilangan anak yang perlu mereka jaga, manfaat tersebut tidak akan dilanjutkan melebihi lima tahun bagi golongan tersebut.

Sekiranya kakitangan mengambil cuti tanpa gaji selama lima tahun secara berterusan untuk anak pertama, dia tidak lagi mendapat manfaat ini untuk anak-anaknya yang lain.

Jika ibu memilih untuk hanya menggunakan tempoh dua tahun daripada lima tahun yang diberikan untuk anak pertamanya, wanita tersebut mempunyai baki tiga tahun lagi untuk digunakan terhadap anak-anak yang lain pada masa hadapan.

“Tempoh yang digunakan oleh mereka untuk cuti tanpa gaji tidak akan diambil kira apabila kami mengira faedah persaraan mereka,” kata Mohamad Zabidi.

Beliau mengingatkan bahawa mereka yang memohon untuk mendapatkan cuti tanpa gaji mungkin kehilangan senioriti mereka.
Tag : Dalam Negara
0 Komentar untuk "Penjawat Awam Wanita Boleh Cuti Selama 5 Tahun Jaga Anak Bermula 1 Januari"

|>>>KLIK untuk Baca ARTIKEL<<<|
Back To Top