berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Pengarah Dedah Sikap Ayah Puteri Balqis Yang Berlagak Dan Sombong


Pengarah Dedah Sikap Ayah Puteri Balqis Yang Berlagak Dan Sombong | Pelakon kanak-kanak yang sedang meningkat naik, Puteri Balqis telah terkena tempias apabila seorang pengarah popular iaitu Azman Yahya yang dikenali sebagai Jinggo mendedahkan sikap tidak professional ayahnya sendiri iaitu Azizi Aziz.

Jinggo merangkap suami kepada Shelia Rusly telah berkongsi satu perbualan di antara kakitangan JS Pictures Sdn Bhd dan ayah Puteri Balqis.

Ayah Puteri Balqis telah menulis sesuatu yang cukup tidak profesional dan dikatakan sombong setelah syarikat produksi terpaksa membatalkan penglibatan Puteri Balqis kerana jadual pelakon itu agak sibuk.

Jinggo turut memberitahu y bahawa Puteri Balqis belum pun bertemu dengannya dan pihak produksi untuk sebarang perbincangan lanjut namunayahnya telah meminta separuh daripada bayaran penuh walaupun belum melihat skrip lakonan.


Tag : Artis
0 Komentar untuk "Pengarah Dedah Sikap Ayah Puteri Balqis Yang Berlagak Dan Sombong"

|>>>KLIK untuk Baca ARTIKEL<<<|
Back To Top