berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Luahan Hati Individu Dilayan Macam Haiwan Oleh Kakitangan Hospital Alor Setar


Luahan Hati Individu Dilayan Macam Haiwan Oleh Kakitangan Hospital Alor Setar | “Haramjadah punya servis di Hospital Alor Setar Kedah ni, menyusahkan orang je. Sudahlah staff² yang bertugas sombong nak mampus. Kami datang bertanya tentang temujanji yang ditetapkan hari ini, tetapi diorang boleh buat tak tahu je. Jawab pun sambil lewa. Ada ke patut, suruh kami datang hari ini, tetapi doktor yang bertanggungjawab ambil cuti pula tanpa memberitahu pada kami terlebih dahulu. Mentang-mentang diorang ni kerja kerajaan, diorang boleh buat suka-suka hati je la kat kami ni?”

Demikianlah luahan hati seorang individu yang bernama Ajeli Anuar yang berang dengan tindakan kakitangan Hospital Alor Setar, Kedah yang didakwa melayani mereka seperti haiwan meskipun kedatangan mereka atas temujanji yang telah ditentukan oleh doktor yang bertugas.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan layanan kakitangan hospital terbabit, meluahkan rasa marah dan kesalnya di Facebook Group, Sungai Petani akan insiden yang dihadapinya itu.

Lokasi: Hospital Alor Setar, Kedah.
Jam: 11.15 pagi.
Tarikh: 18/12/2014 (Khamis)

Kami datang ke hospital hari ini kerana ada temujanji dengan doktor Syakir. Bila kami sampai di hospital tersebut, kami bertanya pada kakitangan yang bertugas hari ini di kaunter servis.

Apabila kami menunjukkan kad temujanji dengan doktor Syakir itu, tiba-tiba saja kakitangan berkenaan meninggikan suara kepada kami.

“Setiap hari Rabu dan Khamis, tiada klinik rawatan berkaitanlah,” katanya.

Kami pun jelaskan kepada kakitangan itu yang kami datang bukan suka-suka. Kami datang bersebab dan atas temujanji yang ditetapkan oleh Dr Syakir.



Selepas mendengar penjelasan kami, kakitangan terbabit terus masuk ke dalam bilik di belakang kaunter. Ingatkan dia nak hubungi doktor Syakir dan tanya tentang temujanji itu, namun sangkaan kami meleset. Rupa-rupanya mereka buat tak tahu je.

Kami tahu sebab kami nampak yang mereka tidak berbuat apa-apa yang berkaitan dengan kami sebab pintu tidak bertutup.

Lebih kurang 20 minit sudah berlalu, kami yang masih menunggu di kaunter itu memanggil semula kakitangan berkenaan. Respon yang kami terima sungguh tidak boleh diterima.

“Kan saya dah beritahu tadi? Hari Rabu dan Khamis tiada rawatan di klinik!
katanya.

“Saya tahu, masalah sekarang ini, doktor yang suruh kami datang hari ini pada jam 11.30 pagi. Kalau tak ada rawatan, kenapa suruh kami datang?” soal saya kepadanya.

Kakitangan terbabit terus tidak mengendahkan kami. Kami mengambil semula kad temujanji itu dan merakam gambar di bawah. Terus kakitangan itu tadi menengking kami.

“Kenapa awak pandai-pandai ambil gambar di sini? Awak ada kebenaran ke?” katanya.

“Saya ambil gambar ini sebab kami nak beritahu pada umum yang servis di Hospital Alor Setar ini teruk. Kami nak semua orang tahu yang kakitangan Hospital Alor Setar ini melayan kami macam haiwan.

“Kalau ye pun hari ini tiada rawatan klinik, kenapa tidak maklumkan kepada kami terlebih dahulu sebelum ini? Macam hari ini pula, sepatutnya puan beritahu pada kami tarikh temujanji ini ditunda kepada tarikh yang lain. Tetapi puan marah pula pada kami.

“Macam ini ke cara penjawat awam melayan orang awam macam kami ini?”.

Selepas itu kami terus beredar pulang.

Saya betul-betul terasa hati dengan sikap kakitangan di Hospital Alor Setar tadi itu. Saya sanggup tak pergi berniaga di pasar semata-mata nak membawa ibu saya berjumpa dengan doktor hari ini. Tetapi lain pula yang berlaku. Sudahlah ibu saya ini uzur, nak berjalan pun tak larat. Sampai ke Hospital Alor Setar, kena marah pula oleh kakitangan hospital. Macam ini ke layanan mereka pada warga emas?
Tag : Dalam Negara
0 Komentar untuk "Luahan Hati Individu Dilayan Macam Haiwan Oleh Kakitangan Hospital Alor Setar"

|>>>KLIK untuk Baca ARTIKEL<<<|
Back To Top