berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Jutawan Kecewa Bila Lamborghini Miliknya Diusik Orang Ramai


Jutawan Kecewa Bila Lamborghini Miliknya Diusik Orang Ramai | Seorang jutawan dari New York, Allen Wong merasakan dirinya dianiaya oleh pihak yang cemburu dengan dirinya yang memiliki kereta mewah lalu mengambil inisiatif untuk mendedahkan gelagat orang ramai ketika mendekati kereta sport miliknya, Lamborghini Aventador.

Dia bertindak sedemikian setelah menonton video seorang wanita sedang berjalan di sekitar kota ini yang berhadapan dengan gelagat lelaki-lelaki yang lalu lalang di situ menganggunya.


Wong memasang kamera pada keretanya yang dibeli dengan harga 260000 pound untuk melihat reaksi orang ramai apabila mendekati keretanya itu.



“Saya fikir dengan memasang kamera pada kereta saya, akan menakutkan mereka menganggu kereta saya, selain melindungi kereta saya daripada penipuan agen insurans.

“Kejadian yang paling teruk saya lihat apabila tiga remaja lelaki duduk di atas bonet Lamborghini saya yang diletakkan di satu tempat letak kereta sambil menganggu gadis-gadis yang lalu lalang di situ.Bonet itu tidak kuat menyebabkan ia kemek.

“Selain itu, terdapat banyak kesan calar pada kereta saya akibat kunci yang diletakkan di belakang poket seluar atau kerana butang besi seluar individu yang duduk di atas kereta saya.

“Saya berjaya merakam aksi lebih 12 orang duduk di atas kereta saya semata-mata mahu mengambil gambar dengan kereta saya,” katanya.

Wong menjadi jutawan selepas berjaya mencipta aplikasi telefon yang diberi nama 5-0 Radio, sebuah alat pengesan untuk kegunaan polis.

Wong berkata, video dirakamnya itu pada mulanya bertujuan sebagai ‘sindiran’, tetapi mendakwa ia kini membawa ‘mesej yang jelas’ untuk memberitahu orang ramai supaya berhenti merosakkan harta orang lain.
Tag : Luar Negara
0 Komentar untuk "Jutawan Kecewa Bila Lamborghini Miliknya Diusik Orang Ramai"

|>>>KLIK untuk Baca ARTIKEL<<<|
Back To Top