Lokasi tersebut dibuka bagi dijadikan pusat pemindahan awal pagi semalam kini dilanda banjir teruk dan kesemua mangsa berada di tingkat empat bangunan sekolah itu.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan menyatakan pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang tadi kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.
“Kami tidak tahu di mana mahu menempatkan kesemua 500 mangsa itu. Kita juga tidak menyangka pusat pemindahan berkenaan turut ditenggelami air. Kami hanya mampu menghantar anggota bomba untuk mententeramkan keadaan mangsa di sana supaya tidak panik,” katanya.
Tag :
Dalam Negara
0 Komentar untuk "500 Mangsa Banjir Di SMK Manek Urai Sah Dalam Bahaya"