Luahan Mas Idayu Mengenai Kes Peserta Ujibakat Mentor Legend Yang Biadab | Seorang peserta ujibakat Mentor Legend dengan beraninya mempersoalkan kredibiliti Mas Idayu sehingga ramai pihak yang menyelar tindakan kedua-dua pihak.
Pelbagai spekulasi yang diperkatakan, ada yang menggatakan Edry terlalu biadab sehingga tidak hormat pada keputusan Mas Idayu. Malah tidak sedar diri yang dia hanyalah seorang peserta. Manakala Mas Idayu pula diselar kerana terlalu tegas dan berlagak dalam pemilihan peserta yang diinginkan mengikut kriterianya.
Penyanyi dangdut tersohor tanah air, Mas Idayu telah tampil bagi memberi pandangan negatif yang dilemparkan segelintir pihak yang mengecam dirinya.
“Saya tidak rasa malu dan tidak terasa hati pun dengan kritikan yang diberikan kerana saya sudah berada di tahap berbeza dengan peserta itu. Siapa dia untuk pandang rendah kepada saya yang mempunyai pengalaman selama 22 tahun dalam industri seni, sedangkan dia baru berusia 22 tahun dan bukan siapa-siapa. Jika saya tidak bagus, kenapa dia datang uji bakat program kendalian saya?
“Selepas episod saya dikritik itu disiarkan, ramai yang menganggap peserta itu mempunyai masalah kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa dia tidak boleh menyanyi.
Saya masih seperti biasa, tiada apa pun yang terjejas.
“Ya, ini kali pertama, saya tidak pernah jumpa orang seperti itu. Selalunya, peserta merayu minta untuk dipilih, bukannya melepaskan geram kepada juri.
“Ikutkan hati, mahu sahaja saya baling kasut tinggi yang saya pakai ke mukanya, sebab terlalu geram tetapi saya fikir balik, buat apalah saya mahu jadi seperti dia. Lebih baik saya bersabar, nanti imej saya pula yang buruk. Inilah asam garam dunia artis, harus banyak bersabar,” luah Mas Idayu.
Tag :
Artis
0 Komentar untuk "Luahan Mas Idayu Mengenai Kes Peserta Ujibakat Mentor Legend Yang Biadab"