Kisah Sebenar Warga Emas ‘Dibelasah’ Pekerja TNB Di Perlis | Beberapa gambar yang menunjukkan seorang lelaki warga emas terbaring yang dikatakan dibelasah oleh beberapa pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) awal pagi tadi. Dengan gambar yang seluar mangsa terkoyak, menguatkan lagi dakwaan terbabit yang tersebar meluas di laman sosial pro pembangkang.
Kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lepas apabila kontraktor TNB sedang menarik pilot wire di tanah pemilik.
Sebelum itu, Bahagian Penghantaran telah cuba menyerahkan cek pampasan tetapi pemilik tanah enggan menerimanya.
Gambar pemilik tanah terbaring adalah disebabkan beliau terjatuh ketika cuba menghalang pihak kontraktor melakukan kerja-kerja tensioning.
Tiada sebarang phsical contact yang berlaku ketika kejadian.
Pasukan projek telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan pemilik tanah juga membuat laporan polis dengan kenyataan yang berbeza.
Pihak polis telah menjalankan siasatan dan menasihatkan pihak TNB untuk membuat laporan polis kedua mengenai kes ini.
Sumber: Katakcomel.my
Tag :
Dalam Negara
0 Komentar untuk "Kisah Sebenar Warga Emas ‘Dibelasah’ Pekerja TNB Di Perlis"