berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Keluarga Adik Shahriqal Luah Rasa Sedih Anaknya Dibunuh Kejam


Keluarga Adik Shahriqal Luah Rasa Sedih Anaknya Dibunuh Kejam | Tidak dapat digambarkan kanak-kanak sekecil itu yang riang bermain bersama abang-abang nya tiba-tiba diculik dan dibunuh kejam oleh mereka yang tidak berperi kemanusiaan.

Kisah ini berlaku terlalu pantas teka-teki kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Kampung Selagon pada Jumaat lepas ketika keluar bermain dengan dua abangnya, terjawab apabila dia ditemui mati di satu sungai kecil di Kampung Jempangah petang semalam.

Mayat Mohd Shahriqal Sidek ditemui terapung jam 2 petang semalam dipercayai dibunuh sebelum dicampak di kawasan berkenaan iaitu tujuh kilometer dari lokasi terakhir kanak-kanak itu dilaporkan hilang.

Shahriqal dipercayai mengikut dua abangnya, Mohd Syahfuddin Sidek dan Mohd Syahrizam Sidek keluar bermain di kawasan perumahan mereka di Kampung Selangon sekitar jam 7 pagi.


Namun, dua abangnya mendapati Shahriqal tidak ada bersama lalu memaklumkan kepada ibunya yang kebetulan keluar mencari anaknya.

Walaupun usaha mencari Mohd Syahriqal bersama penduduk kampung dilakukan, mangsa gagal ditemui menyebabkan ibunya membuat laporan polis jam 4 petang, hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa menyatakan mayat Mohd Shariqal berjaya dijumpai hasil soal siasat ke atas seorang suspek yang juga di percaya jiran keluarga mangsa.

“Suspek seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun ditahan kira-kira jam 11 pagi tadi hasil daripada maklumat orang awam yang melihat suspek membawa mangsa dalam sebuah kenderaan,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat manakala motif kejadian masih disiasat,  Suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
Tag : Dalam Negara
0 Komentar untuk "Keluarga Adik Shahriqal Luah Rasa Sedih Anaknya Dibunuh Kejam"

|>>>KLIK untuk Baca ARTIKEL<<<|
Back To Top