Adakah kita di antara lelaki yang ada menyimpan janggut? Jika ya, itu
satu perkara yang baik sekali kerana Rasulullah SAW pun turut menyimpan
janggut. Jom kita semak dibawah apakah kelebihan menyimpan janggut.
Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga
tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi
perbezaan antara “kecantikan” wanita dan lelaki adalah janggut.
Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu
kelihatan lebih “tulen”. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan
sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara
kelebihan berjanggut adalah :
- Menampakkan kelelakian
- Kelihatan lebih ‘macho’
- Lebih hensem dan berkarisma
- Nampak soleh
- Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
- Lebih diminati wanita
- Mempunyai manfaat kesihatan
- Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat
malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan
daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk
berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang
ditinggalkan oelh Baginda Rasulullah SAW dan bukannya berjanggut kerana
mengikut fesyen terkini atau sebagainya.
Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah
berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan
memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW
menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai
orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.
Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda
akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.
Hukum Memelihara Janggut
Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan
persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara
janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang
keras.
Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh
para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu
yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan
suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu
kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah
suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.
Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji.
Dianggap keji kerana meremehkan hukum-hakam syara’. Perbuatan seperti
ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada
orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.
Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan
Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited
dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda
pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan
seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku
mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya
tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka
perkara kecil.
Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut
dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki
beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.
0 Komentar untuk "Kelebihan Dan Hikmah Dari Sunnah Menyimpan Janggut"