berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

Isu Buli:Wardina Tegur Pembikin Filem Gangster

Nota penting * Filem bukan sebab tetapi salah satu faktor menyemarakkan sikap agresif. Film is NOT a cause but a factor* Sekali lagi saya ulang film is NOT a cause but plays a part****** Kajian lebih berat dan menunjukkan sikap agresif bermula di rumah akibat pembesaran yang tidak sempurna seperti dipukul dan dikasari dibrumah oleh ibu bapa* TETAPI kepada pembuat filem gangster ambil lah SEDIKIT tanggungjawab kerana memberi “inspirasi” anak-anak MELAYU untuk membuli dan bertindak ala gangster..
JANGAN SEMARAKKAN SIFAT AGRESIF. Ambil lah peluang MENDIDIK masyarakat. Media memainkan peranan. Semua kita patut mainkan peranan bersama. Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahukan keuntungan semata. Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan? Jangan salahkan anda tapi salahkan penonton yang mahukannya? Tapi fikir lah sikit kesan pada MINDA nak bangsa kalau ada secuit pun rasa tanggungjawab dalam diri. Atau anda tak peduli kesannya.

Mengotori minda anak muda kita tak apa? Kononnya ada “pengajaran” di hujung cerita? Realitinya tidak ada yang belajar dari penghujung cerita anda…yang kadang kala saya rasakan cuma diletakkan supaya tidaklah rasa ‘bersalah sangat’. Adalah alasan sebagai jawapan apabila ada yang bertanya kelak. Budak-budak ini, anak muda kita ini, cuma ingat sikap ala samseng dan gangster yang kononnya “hebat” dan “cool” itu …aduh…dilakonkan pula oleh artis pujaan dan ternama. Anak muda mahu jadi seperti mereka. Bila ada peluang..nah keluarlah aksi yang telah dirakam dan disimpan dalam kepala. Jangan buat2 tak tahu.
Marilah buat filem yang boleh memberi inspirasi. Yang menaikkan semangat dan jati diri. Yang mengajar empati dan realiti dunia global kini. Bagaimana? Itu kerja anda kerana anda bekerja di dalam industri kreatif maka seharusnya anda kreatif dalam mencari jalan. Moga keuntungan bukanlah agenda mutlak anda semua. Kajian psikologi menunjukkan terdapat kesan melalui pengaruh media terhadap tahap keganasan seseorang.
Kepada semua pemimpin baik bapa, ketua atau mereka yang berkuasa yang terus “membuli” mereka ‘dibawah’ ini.. nah inilah hasilnya. Terima kasih. Tapi carilah sekelumit rasa dalam hati untuk mengasihi anak bangsa sendiri.
Dan bagi mereka yang merasa bahagia melihat kesengsaraan orang lain baik di alam nyata atau sebaliknya. Yang penuh dengan cacian, nista dan hina dialam maya. Apa bezanya?


Kepada warden dan guru di asrama. Ini amanah dan tanggungjawab anda. Kami merayu. Buatlah sesuatu. Hentikan budaya jijik ini selamanya. Kita boleh lakukan dan mengubahnya bersama.
Buat ibu bapa kenali lah anak anda. Kenalilah mereka.

Moga keturunan saya, anda dan kita dijauhkan dari menjadi pembuli yang merasa hebat tersenyum melihat air mata dan kesengsaraan saudara seagama. Kita semua manusia. Saya, anda dan dia. Menyakitkan manusia dengan kata-kata atau perbuatan anda bukanlah sesuatu untuk anda banggakan…. kerana sabda Nabi saw yang anda akui anda sayangi dan turuti berbunyi begini
Dari Abdullah bin Umar r.a. Nabi SAW bersabda, “Seorang Muslim adalah orang yang tidak menyakiti semua orang muslim lain baik dari lisan dan tangannya”

Maaf kalau ada tersilap dan terkasar bahasa.


Tag : Dalam Negara
0 Komentar untuk "Isu Buli:Wardina Tegur Pembikin Filem Gangster"

|>>>KLIK untuk Baca ARTIKEL<<<|
Back To Top