Dua sahabat berusia lingkungan 20-an yang baik hati telah mencipta
satu cara yang bijak untuk membantu mereka yang tiada tempat tinggal
(gelandangan). Mereka menjadikan van mereka sebagai kedai dobi bergerak
bagi memberikan peluang kepada gelandangan untuk mencuci pakaian mereka
dengan selamat.
Pencetus idea projek Orange Sky Laundry, Lucas Patchett dan Nicholas
Marchesi berkata, projek ini bermula dengan sebuah van lama dan penjana
elektrik. Dengan bantuan derma, mereka mampu untuk mendapatkan dua mesin
basuh dan pengering, membolehkan van mereka untuk memproses 20kg dobi
dalam masa sejam.
Projek ini telah dilancarkan pada bulan Julai dan kini dalam tempoh
percubaan, di mana van itu beroperasi 5 hari seminggu di Brisbane. Jika
projek van dobi ini berjaya, projek ini mungkin akan diluaskan ke
seluruh Australia.
Untuk maklumat tambahan mengenai projek mulia ini, anda boleh layari: orangeskylaundry.com.au
Menarik kan idea murni mereka! Agak-agak, di Malaysia, bila boleh buat macam ni?
Sumber: Boredpanda
0 Komentar untuk "Dua Sahabat Jadikan Van Mereka Sebagai Kedai Dobi Bergerak Bagi Membantu Gelandangan"