berita,info,sejarah,pelik,seram,unik,gambar,lawak,hiburan

11 Gambar Kekejaman Sindiket Pengedar Dadah Di Mexico


11 Gambar Kekejaman Sindiket Pengedar Dadah Di Mexico | ZETA merupakan sindiket pengedar dadah paling ditakuti di Mexico dan terkenal dengan kekejamannya. Mereka membunuh dengan cara memenggal kepala, memasak musuh dan bermacam-macam cara lagi. Kini kumpulan tersebut bertindak lebih kejam lagi dengan mengadakan pertarungan ala gladiator dengan tawanan mereka sebagai petarung.

Para tawanan itu dibekalkan dengan senjata tajam dikerah ke gelanggang yang disediakan untuk bertarung sesama sendiri. Prinsip membunuh atau dibunuh berlaku di sini. Petarung yang bertahan akan dijadikan tukang pukul.

Kejadian ini terbongkar selepas penemuan beberapa kuburan besar yang dipercayai mengandungi lebih dari 400 mayat di dalamnya dalam beberapa bulan lepas.

Wilayah sempadan Mexico digempur pihak berkuasa dan mengistiharkan perang terhadap Gulf dan Zeta, iaitu kartel yang dibentuk pada tahun 1990-an oleh bekas tentera dan pecahan dari Gulf.


Semenjak tahun 2006, sekurang-kurang 5300 penduduk Mexico hilang. Saksi menyatakan melihat mereka diambil begitu saja dari bas-bas oleh gengster.

“Ramai orang hilang begitu saja, banyak yang lenyap secara berkelompok. Tetapi tidak ada tuntutan wang tebusan,” kata seorang aktivis hak asasi manusia.

Beberapa mangsa penculikan dipaksa membunuh orang. Ada yang ditemukan tergantung di jalan. Sementara itu sebahagian besar dari 200 mayat ditemukan di kubur di negara Tamaulipas, kelihatan dibunuh dengan kejam atau dibakar hidup-hidup.
Tag : Info, Luar Negara
0 Komentar untuk "11 Gambar Kekejaman Sindiket Pengedar Dadah Di Mexico"

|>>>KLIK untuk Baca ARTIKEL<<<|
Back To Top