Iris Grace merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang mempunyai penyakit 'autism' atau sukar berkomunikasi dan berhubung dengan persekitaran.
Walau bagaimanapun, Iris Grace merupakan seorang yang berbakat dalam lukisan dan itu adalah salah satu cara bagi Iris Grace meluahkan isi hatinya.
Walaupun Iris Grace kini masih kecil, tapi dia sudah dikenali sebagai seorang pelukis professional dan mempunyai laman webnya sendiri untuk menjual karya lukisannya. Tetapi disebalik kisah kejayaan kanak-kanak cilik ini, rupa-rupanya ada pembantu yang selalu menyokongnya dari belakang. Yang mengagumkan adalah pembantunya itu ialah seekor kucing!
Menurut ibu Iris Grace, setelah mengetahui tentang penyakit anaknya itu, mereka telah mencuba pelbagai cara bagi membantu anak mereka mengatasi penyakit tersebut sehinggalah mereka terjumpa dengan Thula, seekor kucing terapi. Thula kini berusia hampir setahun dan berasal dari keturunan Maine Coon. Keturuna kucing ini sememangnya terkenal dengan sifat mereka yang bijak dan lemah lembut.
Menurut ibu Iris lagi, Iris susah untuk mandi dan membenarkan rambutnya dibasuh dengan air. Thula telah membantu Iris dengan masuk sekali ke dalam tab mandi dan mandi bersama Iris. Thula juga membenarkan ibu Iris membasuh bulunya dengan shampoo bagi membantu Iris.
Tag :
Info,
Luar Negara
0 Komentar untuk "(6 gambar) Kisah Kanak-Kanak Penghidap Autisme Bersama Kucingnya Yang Mengharukan"